Monday, 16 January 2012

Resepi kek coklat kegemaran saya : )

 Bismillahirrahmanirrahim . Haha . Tudiaaa tudiiaa mula gelak dah . Seriusli sebenaqnyaa aku bored sanad-sanad . So , aku nak share lah ann siket nan ampa semua resepi kek coklat yang aku selalu buat tuh ! Okayh . . . :D kihkihkih

Bahan-bahan ( 1 loaf poundcake )

  • 100g mentega
  • 100g gula
  • 2 biji telur- dipukul sedikit.
  • 40g tepung gandum
  • 40g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sikit. Pukul sehingga putih.
  2. Masukkan pula telur sikit demi sikit. Pukul sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan yg boleh diguna utk microwave.
  5. Kemudian masukkan ke dalam microwave. Masak selama 4 minit 30 saat - 5 minit dengan 500W.. 



 HASILNYA :) 
SELAMAT MENCUBA !! ^_^

No comments: